BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

05 Julai 2010

En. Zainol Abidin Ahmad Pengetua baru



Perhimpunan rasmi pertama bersama pengetua baru.

Pengetua Baru Smk Syed Sirajuddin

Selamat datang tuan pengetua baru ke semsira iaitu Encik Zainol Abidin bin Ahmad. Semoga dengan kehadiran tuan pengetua akan menceriakan lagi semsira. Kami amat mengalu-alukan komitmen tuan pengetua untuk memajukan sekolah dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan infrastruktur sekolah. Maka dengan ini diharapkan semsira dapat terus maju dan bersaing dengan sekolah-sekolah lain.

16 Mac 2010

PANORAMA SMK SYED DIRAJUDDIN

10 Ogos 2009

Peperiksaan percubaan PMR, SPM, dan STPM 2010

Peperiksaan percubaan semakin hampir kepada semua pelajar diucapkan selamat maju jaya. Lipat gandakan usaha. Jangan cepat putus asa...

08 April 2009

Tahniah PKBM SEMSIRA... kejuaraan 2006 berulang lagi 2009


Pasukan Kadet Bersatu Malaysia SMK Syed Sirajuddin telah menjadi johan keseluruhan acara dalam perkhemahan tahunan PKBM 2009 yang bertempat di Kem Tasoh. Perkemahan bermula pada 3 April 2009 sehingga 6 April 2009. sebanyak 10 sekolah menyertai perkhemahan ini. “TAHNIAH DAN SYABAS” diucapkan kepada PKBM SEMSIRA dengan kekuatan 31 anggota kadet dan 4 orang guru iaitu En. Afrizul, En. Azlee, En. Maliki dan Cik Sharifah Hajar.

Seramai 15 orang kadet telah terpilih ke Kota Belut Sabah bagi menyertai perkhemahan peringkat kebangsaan. Syabas dan selamat berjaya diucapkan pada semua angggota kadet PKBM SEMSIRA.



LINK GAMBAR PERKHEMAHAN PKBM 2009

24 Januari 2009

SMK SYED SIRAJUDDIN

ALAMAT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SYED SIRAJUDDIN,
JEJAWI,02600 ARAU PERLIS,
MALAYSIA

TELEFON : 04-9760161
EMAIL : semsiraperlis@gmail.com